menari dalam emosi.

tersurat dan tersirat yang hanya aku sahaja faham.

09 December, 2011

pengemis hati. | 1 comments.

hari ni aku pms. bila pms aku suka duduk diam sorang-sorang dalam gelap tutup kipas baring tak tentu arah & fikir bukan-bukan. eh, tak pms pun aku memang suka fikir bukan-bukan jugak. kbai.

dah berhari-hari dah aku sembang dengan blog. itu tandanya aku dah takde kawan yang selesa untuk share macam-macam. keadaan ni buat aku sungguh pathetic. ya. aku rindu nak sembang dengan kawan aku.
kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri sebab seakan nak 'mengemis hati' orang untuk terima aku seadanya luar dan dalam, minta orang dengar masalah aku, dengar cerita bukan-bukan aku. sebab bila aku dah terlalu bergantung pada seseorang, dekat dia je yang aku harap. tapi harini aku rasa macam betul2 pengemis bila aku fikir balik. aku bukan jenis orang yang senang dapat kawan yang boleh ambil berat dekat aku. sebab aku orang nya 'tak sempurna' di 'mata manusia'..rendah, hodoh...ciri-ciri yang seumpama tidak layak untuk diambil kisah. cuba kalau kau 'sempurna' .. bila kau buat simbol sedih je pun orang akan bertalu-talu tanya kau..kenapa? ok x? .. aku dah alami banyak benda2 macam ni. mcm mana aku diperlakukan mcm org asing oleh seorang rakan yg dah terlalu lama aku kenal..bila satu hari aku kenalkan dengan sorang kawan yang memang 'sempurna' di mata aku & khalayak dekat dia..hmm. kalian pasti faham apa situasi ni. bukan aku menyesal, bukan sebab aku cemburu, tapi aku cuma rasa terkilan nilai sahabat tu rupanya sekadar 'itu'.
entah lah.

aku ini orang nya memang selalu mengemis, mengemis dari seorang sahabat.
jangan dinilai luar dan dalam, cuma terima aku seadanya..
aku cuma perlukan perhatian dari seorang sahabat.. untuk aku rasa dihargai & menghargai.
untuk memahami nilai-nilai sebenar persahabatan sebab sampai ke mati juga kita perlukan kawan.
lebih-lebih lagi yang sangat dipercayai & disayangi.

aku rindu situasi itu. ya Allah, kenapa dengan aku..

:')

12:33 AM

mrhmd.


➜ Mira Ahmad
➜ 20, Taurus
➜ Berseni ikut mood
➜ Scoliosis & Athazagoraphobia
➜ Skinny & Ugly. Obviously.

padu.

sentiasa dalam doa.

Keluarga,Arwah Hajar,Him,Muniwa,
Fay,Qila,Yan,Awad,The DIA. ♥

Quotes

bookshelf.

The Remedy Of Boredom.



More of Mira's books »

--

back
forth
homefcbktmblrtwttrgplus

the mirot.

follow